Monday, 15 October 2012

Assalamualaikum wbt. Salam 1Malaysia

Salam pembuka bicara...

Aku hanyalah insan di bumi Allah yg terpanggil mencoret sesuatu yang aku fikirkan perlu untuk aku sampaikan..Sekadar blogger jalanan tanpa latihan, tanpa tunjuk ajar. Hanyalah aku mengharap kalian pembaca memberi sedikit laluan dan ruang buat ku di sini.

Andai apa yg aku sampaikan tidak dapat memuaskan hati kalian aku mohon maaf kerana tidaklah dpt aku memuaskan hati semua pihak. Ini adalah blog politik kerana aku berjuang dgn politik dlm hidupku. Bagi aku melakukan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu dipanggil politik. Dan kita sebenarnya tidak pernah lari dari berpolitik setiap hari..Tiada yg kotor dgn politik cuma yg mengotorkan adalah perilaku mereka yg berpolitik. Mereka adalah orang yang menyalahgunakan akal dan kesempatan dalam melakukan penindasan terhadap fizikal, mental malahan kepunyaan dan kepercayaan orang lain.

Kesempatan ini juga aku gunakan untuk sedikit sebanyak memberi maklumat kepada semua di luar sana amnya dan golongan atas pagar khususnya. PRU13 pun sudah hampir ke masanya untuk kita sama2 memilih peneraju negara tercinta kita Malaysia. Mudah-mudahan kita semua bakal membuat pilihan yang betul.

Cukup sekadar ini, harap rakan2 seperjuangan dan rakan2 pembangkang sudi menatap blog dari lorong yg sempit ini..InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment