Monday, 15 October 2012

ANWAR GALAS BEBAN SCORPENE SETELAH SUARAM GAGAL


Pembohongan pembangkang dalam isu kapal selam Scorpene nampaknya tidak boleh diselindungi lagi.

Apatah lagi isu yang dijadikan senjata politik oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sejak tahun 2008 tidak mampu lagi dipertahankan apabila sedikit demi sedikit kebenaran mengenai kedudukan sebenar isu tersebut telah dibongkar.

Terbaru. Yves Charpenel, seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal telah menafikan laporan-laporan media pro pembangkang yang tersebar selama ini bahawa isu Scorpene sedang dibicarakan di Perancis.

Pembangkang menyebar dakyahnya bahawa kononnya penyiasatan (bukannya perbicaraan) yang sedang berlangsung adalah hasil laporan yang dibuat oleh pihak Suaram pada 2009 terhadap syarikat milik kerajaan Perancis, DCNS yang dituduh membayar komisyen kepada pihak tertentu di Malaysia dalam urusan pembelian dua kapal selam tersebut pada tahun 2002.

Di bawah undang-undang Perancis pembayaran sebarang komisyen dalam urusan seperti ini adalah tidak dibenarkan.

Sebelum ini Ketua Pembangkang sanggup terbang ke Paris untuk menjemput dua orang peguam yang mewakili Suaram dan seorang peguam mewakili DCNS untuk memberi taklimat kepada semua ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Usaha ini menunjukkan bahawa pembangkang kini berada dalam keadaan gelisah dan panik kerana isu Scorpene kini dilihat boleh memakan diri mereka sendiri jika tidak diurus dengan sebaik mungkin.

Sebab itulah Anwar terpaksa mengambil alih peranan yang pernah dimainkan oleh Suaram sebelum ini untuk mempastikan isu Scorpene terus hidup.

Bagaimanapun usaha Anwar ini juga akan turut gagal kerana kini rakyat Malaysia sudah tahu siapa dalang sebenar isu Scorpene selama ini.

Ia bukannya Suaram yang hanya merupakan satu cabang daripada PKR tetapi 'mastermind' sebenarnya tidak lain tidak bukan adalah Anwar sendiri.

Sehari selepas kenyataan Charpenel, balaci Anwar, Tian Chua terus mempertahankan fantasi yang dimainkan pembangkang bahawa penyiasatan masih terus dijalankan yang menjurus kepada perbicaraan.

Bak kata orang kalau sudah mula berbohong, maka terpaksa korek lubang lain untuk menutup pembohongan yang telah dibuat.

Lama kelamaan lubang semakin besar dan akhirnya tidak boleh ditutup lagi dan yang berbohong akan jatuh ke dalam lubang yang digalinya sendiri.

Anwar masih berfikir dan yakin isu Scorpene masih mampu untuk menggugat kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pilihan raya umum ke 13 kelak.

Beliau berfikir mimpinya untuk ke Putrajaya boleh digapai dengan mengeksploitasi isu itu.

Namun beliau gagal memahami bahawa isu Scorpene atau mana-mana isu yang dipolitikkan sekali pun boleh melarat dalam bentuk dua reaksi - samada ia boleh membantu kerjaya politik seseorang yang mencetuskannya atau sebaliknya isu tersebut akan membaham dan menjahanamkan impian seseorang.

Kelihatan Anwar sekarang terjerat dalam pilihan kedua kerana permainan yang dimulakan oleh apparatnya yang bernama Suaram tiga tahun lalu, bukannya semakin menguntungkan beliau tetapi telah menjadi sebagai liabiliti terbesar yang bakal memusnahkan buaian mimpi pembangkang bertapak di Putrajaya.

Tian Chua, Sivarasa, Cynthia Gabriel dan geng yang sama-sama melakar komplot Scorpene menyedari hakikat ini bahawa masa untuk kebenaran terbongkar sudah amat hampir.

Mereka dilihat tidak lagi mampu meneruskan strategi tersebut secara efektif lalu menyerahkan tanggungjawab tersebut di atas pundak Anwar.

Anwar pula sudah tentu tidak mampu menggalas beban Scorpene seorang diri tanpa bantuan budak-budak suruhannya.

Jika ini berlaku, kekuatan pembangkang terutamanya PKR yang dibina di atas landasan pembohongan demi pembohongan dalam isu ini, akan menjadi petanda parti itu pada PRU13 nanti.

Malah rakan kongsi Anwar, DAP dan PAS juga tidak mempunyai kekuatan untuk terus mendokong isu ini dan mereka juga akhirnya akan meninggalkan PKR keseorangan menangani isu Scorpene yang sudah kekeringan modal.

Hakikat isu sudahpun dijelaskan oleh Ketua Audit Negara bahawa pembelian dua kapal selam itu telah mematuhi semua prosedur perundangan.

Tidak ada perbicaraan seperti mana yang ditegaskan oleh Charpenel maka dengan itu Suaram telah berbohong kepada rakyat apabila mendakwa beberapa individu termasuk Perdana Menteri telah disepina untuk hadir di mahkamah Perancis.

Malah kematian wanita Altantuya Shaariibuu juga tidak ada kena mengena dengan isu Scorpene seperti mana yang ingin dikaitkan oleh pembangkang.

Semua maklumat yang telah tersebar secara meluas oleh media pembangkang selama ini untuk membohongi rakyat adalah hasil pintalan fantasi seorang bernama Anwar yang teringin sangat menjadi Perdana Menteri.

ANWAR IKON GERAKAN KRISTIAN DI MALAYSIA


Menjadi fakta yang terpahat di dalam penulisan sejarah dunia bahawa apabila kuasa-kuasa Barat mula menakluki wilayah-eilayah lain di dunia bermula pada kurun ke 13, mereka membawa bersama tiga kepercayaan atau prinsip utama yang dikenali sebagai 3G iaitu God, Gold, Glory atau Tuhan, Emas dan Keagungan.

Perkara yang sama berlaku dalam ekpedisi Alfonso de Alburquerque apabila mula berlabuh di Melaka yang kemudiannya membawa kepada kejatuhan dan penaklukan Empayar Melaka pada 1511. Senario yang sama dialami ketika Kapten Francis Light mendarat di Esplanade (kini dikenali sebagai Padang Kota Lama) di mana beliau terpegun dengan kedudukan strategik Pulau Pinang lalu dengan strategi penipuan yang liciknya, jajahan Sultan Kedah itu menjadi milik kuasa Inggeris.

Francis Light juga membawa misi 3G yang sama seperti Albuquerque tetapi, di mana salah satu objektif utamanya ialah mengkristianisasikan penduduk tempatan yang terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam, samada secara halus atau paksaan. Kini setelah hampir 300 tahun berlalu, Pulau Pinang bukan lagi diperintah oleh golongan berkulit putih, rambut perang dan berbahasa Inggeris tetapi puak Cina pembangkang yang diwakili oleh parti rasis DAP.

Dilihat daripada mata kasar sememangnya ada perbezaan ketara samada dari aspek-aspek fizikal atau budaya tetapi satu perkara yang dikongsi bersama antara penjajah Inggeris dan DAP ialah faktor agama.
Jika agama Kristian dibawa secara rasmi untuk dikembangkan di Tanah Melayu bermula dengan Francis Light dan kemudian misi beliau disambung oleh penjajah Inggeris pada abad ke 19 hingga ke pertengahan abad ke 20, maka setelah merdeka misi tersebut tidak mati begitu tetapi diteruskan oleh rakyat negeri ini berpegang kepada konsep 3G tersebut.

Tidak hairanlah DAP melenting apabila Ahli Parlimen Datuk Zulkifli Nordin menunjukkan bukti bergambar berkaitan satu majlis kesyukuran di Pulau Pinang pada 5 Mei tahun lalu tidak lama selepas kemenangan besar DAP dalam pilihan raya negeri Sarawak pad 16 April 2011.

Gambar tersebut menunjukkan pemimpin-pemimpin pusat DAP bersama-sama meraikan kemenangan dengan ADUN-ADUN baru DAP di Sarawak yang turut merayakan bersama para paderi dan pastor dari negara luar dari United Kingdom dan Afrika Selatan.

Yang mengejutkan ketika doa dibacakan pada majlis itu, mereka mengharapkan negara Malaysia pada satu hari kelak akan menjadi negara Kristian dan jawatan Perdana Menteri juga akan dipegang oleh seorang yang beragama Nasrani.

Malah agenda yang lebih merbahayakan pada majlis makan itu ialah kesediaan pihak gereja asing menghulurkan dana agar perkara ini menjadi satu realiti. Terdapat juga dakwaan bahawa bebeberapa majlis seperti di Pulau Pinang telah juga diadakan beberapa kali di Sarawak. Perkara yang sama juga telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PAS dari Bachok, Nasharuddin Mat Isa dan kini DAP bercadang untuk menyaman beliau.

Golongan Kristian di negara ini yang kini dipelopori oleh DAP nampaknya semakin berani mengenengahkan agenda Kristian apabila mereka mula merasa kuat dengan kemenangan penambahan kerusi di Parlimen pada PRU 2008 dan kemudiannya membolot 16 kerusi di PRN Sarawak.

Malangnya keberanian dan keangkuhan DAP melakar agenda Kristian mereka sebelum ini telah dibantu oleh seorang pemimpin politik beragama Islam dan dilihat sebagai tokoh Islam antarabangsa bernama Anwar Ibrahim.

Tanpa memikirkan kesan dan impak kepada Islam, Anwar menjelajah ke seluruh Malaysia, mempertahankan penggunaan istilah ALLAH oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dan juga penerbitan kitab Injil dalam bahasa Melayu.

Puak Kristian ekstrim yang menguasai DAP seperti Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng, Teresa Kok, Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming, Anthony Loke, Ronnie Liu, Charles Santiago, Wong Ho Leng, Chong Chien Jien dan ramai lagi bertepuk sorak kegembiraan apabila seorang Ketua Pembangkang berpihak kepada mereka. Bagi DAP, Anwar adalah hero mereka kerana telah membuka jalan yang lebih besar serta menyenangkan misi mereka untuk mengKristiankan Malaysia dengan kadar yang lebih cepat.

Oleh kerana itulah DAP menjadi parti pembangkang yang pertama menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang pada PRU 13 dan terus menyokong beliau sebagai Ketua Pembangkang walaupun ketika jumlah kerusi PKR adalah yang tercorot di Parlimen berbanding DAP dan PAS apabila lima anggota parlimennya melompat.

Tidak payah untuk berfikir secara kompleks bahawa Anwar adalah ikon Kristian yang bakal menjahanamkan orang Melayu dan Islam di negara ini jika dibenarkan berkuasa. PKR yang pada mulanya diasaskan oleh bekas ahli dan pemimpin daripada Umno, ABIM serta NGO Melayu dan pada peringkat awal diterajui oleh pimpinan Melayu kini telah menjadi sarang kumpulan Kristian yang menguasai disetiap lapisan kepimpinan parti.

Muka Melayu yang memegang kuasa dalam PKR sekarang hanyalah sekadar Anwar, Wan Azizah serta Azmin dan beberapa kerat yang lain. Bermula pada peringkat naib presiden, majlis pimpinan pusat, biro-biro, cabang malah ranting sekalipun kebanyakannya dipegang oleh pemimpin bukan Melayu malah ramai antara mereka adalah folongan Kristian yang kuat beragama terutamanya dari Sabah dan Sarawak.

Suara Melayu di dalam PKR sudah layu dan boleh dikatakan sudah terbenam dengan kemenangan ramai pemimpin bukan Melayu pada pemilihan parti 2012.

Bagi Anwar samada pemimpin Melayu dalam PKR kuat atau sebaliknya tidak penting baginya. Yang penting bagi Anwar ialah sokongan dan dokongan kuat daripada DAP yang difikirkan adalah jalan utamanya baginya mencapai impian menjadi Perdana Menteri.

Anawaris jadikan PAS ‘pak turut’(Berita Harian)


Penguasaan golongan Anwaris dan Erdogan dalam kepimpinan PAS menyebabkan parti itu kini menjadi ‘pak turut’ kepada DAP dan PKR, kata ahli seumur hidup PAS, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad.
Katanya, keadaan menjadi parah apabila golongan ulama disisihkan daripada kepimpinan PAS pusat menyebabkan parti itu hilang kredibiliti selaku parti yang mempertahankan syariat islam.

“Ini menyebabkan orng melayu terutama ahli PAS sendiri mula mempersoalkan hala tuju parti itu yang dilihat semakin meninggalkan hokum hudud dan konsep Negara islam yang diperjuangankan sejak lima dekat lalu.” Katanya. Pentingkan undi bukan melayu Beliau berkata, perjuangan PAS sudah jauh menyeleweng kerana terlalu mementingkan undi bukan melayu.

“Kepimpinan PAS pusat sekarang sudah dikuasai golongan Erdogan dan Anwarinas yang angenda utama mereka ialah kuasa, kebendaan dan pekara duniawi. “Kumpulan ini membisu apabila bedepan dengan DAP dan PKR demi merealisasikan impian menawan Putrajaya, sehingga menyebabkan PAS kini dilihat sebagai pengikut dala pakatan,” katanya ketika bertemu BH disini semalam.

Shahnon yang juga sastrawan Negara mendedahkan kebanyakan ahli PAS, Khususnya diperingkat akar umbi kurang selesa dengan DAP, tetapi tidak mahu bersuara kerana tidak mahu dianggap melawan dasar parti. Katanya, kesetiaan ahli  PAS kepada perjuangan parti boleh tergugat berdasarkan tindak tanduk parti parti ituyang banyak mengalah kepada DAP dan PKR.

“saya yakin ini tidak akan berlaku jika golongan ulama kembali memimpin jawatan kuasa PAS pusat, selain pelbagai  isu membabitkan akidah dan akhlak boleh kita selesaikan. “malah, saya yakin kerjasama dengan UMNO juga boleh menjadi kenyataan kerana ulama mementingkan perpaduan ukhuwah sesama Muslim dan bukanya Erdogan atau Anwarinas yang hanya mengimpikan Putrajaya,” katanya.

Bukti Air Empangan Selangor Merosot

Tidak berapa lama dulu Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengarahkan Exco kanannya, Ronnie Liu membuat tinjauan rambang ke beberapa empangan dan sungai di Selangor ketika isu bekalan air terus hangat diperkatakan rakyatnya.

Dengan bersandarkan hasil dari tinjauan tersebut, kerajaan PKR Selangor kemudiannya merumuskan Selangor tidak berdepan dengan 
sebarang masalah bekalan air kerana rata-rata empangan dan sungai masih dipenuhi dengan air.

Hakikatnya, tujuan sebenar tinjauan itu dilakukan hanyalah untuk mengalih perhatian rakyat Selangor daripada isu sebenar berkaitan bekalan air terawat yang semakin kritikal di kebanyakan loji rawatan air di seluruh negeri.

Satu perkara yang tidak diceritakannya kepada khalayak ialah, air mentah yang memenuhi empangan dan sungai tidak akan selamanya akan penuh atau kekal parasnya pada takat tertentu.

Ada tikanya akan surut sama ada kerana perubahan cuaca, disebabkan penggunaan harian yang tinggi selepas dirawat dan dibekalkan loji rawatan kepada pengguna ataupun disebabkan proses penyejatan.

Berdasarkan maklumat terkini (Lihat Bacaan Paras Air Empangan, 08 Oktober 2012) dan bila dibandingkan dengan bacaan paras air empangan pada 2 Julai 2012 lepas, jelas menunjukkan adanya penurunan paras air di beberapa empangan.

Paling ketara di Empangan Sungai Selangor yang merosot teruk dari bacaan 217.35 juta meter jatuh ke paras bacaan 199.7 juta meter, agak hampir kepada paras kritikal yang kiranya berterusan akan memberi kesan besar terhadap loji rawatan air yang merawat sumber air mentah dari empangan ini.

Manakala Sungai Tinggi pula sekarang berada di paras 54.94 juta meter, juga mengalami kemerosotan takungan air berbanding bacaan pada 2 Julai lalu ialah 58.7 juta meter.

Hanya empangan Sungai Semenyih sahaja yang menunjukkan peningkatan daripada 95.61 juta meter kepada paras maksima 111 juta meter. Baki 4 empangan lain juga berlaku penurunan paras bacaan tapi tidaklah terlalu ketara.

Dalam pada itu, mengikut makluman yang diterima, portal MyNewsHub juga ada membuat laporan eksklusif berkaitan perkara ini selepas mereka melakukan tinjauan ke beberapa empangan dan sungai sekitar Selangor.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, menurut kenyataan terbaru dari MB Selangor pada 7 Oktober lalu, katanya, rakyat tidak perlu cemas dengan penyusutan paras air yang dilaporkan berlaku di beberapa empangan dan loji rawatan air tika ini.

Katanya, kerajaan negeri telah maklum perkara tersebut dan telah siap sedia untuk melakukan proses pembenihan awam seandainya hujan masih tidak turun dalam tempoh 22 hari bermula 4 Oktober 2012 lepas.

Tidak diketahui kenapa perlu menunggu 22 hari sebelum melakukan proses tersebut, apakah perlu ditunggu empangan dan sungai kering dahulu baru mahu bergegas untuk mencari jalan alternatif lain menyelesaikannya?

Walau apapun, perkembangan terbaru ini tentulah menambah lagi sesak di kepala rakyat Selangor.

Belum pun selesai isu air terawat yang semakin kritikal di loji rawatan sedia ada, terpaksa pula menunggu lebih tiga minggu untuk melihat kerajaan negeri bertindak mengatasi masalah penyusutan paras air mentah di empangan.

Susah betul hidup berketuakan orang politik yang hanya pandai bercakap dan tahu mencipta seribu satu alasan tapi begitu lemah sekali dalam menyegerakan tindakan untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

Makamah Perancis tolak bulat- bulat (Utusan)

Kuala Lumpur : Hasil siasatan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapati pemohonan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk menjadi plantif dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam, Scopene buatan Perancis pada 2002 ditolak bulat- bulat oleh makamah di Negara itu, 13 Mac lalu.

Selepas tiga hari ditolak, Pegu
amnya, Wiliam Bourdon sekali lagi memohon kepada makamah Peracis untuk menjadikan badan itu sebagai plantif bersekutu dengan alasan Suaram berkerjasama dengan Persekutuan Antarabangsa bagi Hak Asasi manusia (FIDH) tetapi status permohonan tersebut masih belum diketahui.

Presiden kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Dzulkarnain taib berkata, Suaram mendakwa kononya aduan berhubung isu Scopene diterima dan makamah Perancis membenarkan Suaram sebagai pengadu yang sah adalah satu pembohongan besar kerana pemohonannya telah ditolak.

Beliau turut mencabar Suaram dan pemimpin pembangkang untuk menafikan fakta tersebut sekiranya pendedahan itu tidak benar. “Fakta yang didedahkan hari ini jelas menunjukan Suaram dan pemimpin pembangkang seperti Ketua Pembangkang, Datuk seri Anwar Ibarahim serta Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua telah berbohong kepada rakyat Malaysia dalam isu tersebut”
“tindakan makamah Perancis menolak permohonan itu jelas menunjukan Suaram telah cuba menipu badan kehakiman Negara itu dengan mengaku sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sah tetapi sebenarnya sebuah syarikat iaitu Suara Inisiatif sdn bhd. Yang bermotifkan keutungan dan tidak mewakili rakyat Malaysia,” katanya dalam siding akbar disini hari ini. Yang turut hadir, Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Pekasa Malaysia (Perkasa) Wilayah Persekutuan, Sharifuddin Abdul Hamid; Pegawai Kerja Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM). Mohd. Mustafa Hamzah.

Baru baru ini, pendakwa kerajaan Perancis, Yves Charpenel menegaskan bahawa perbicaraan yang didakwa sedang berlansung di Negara itu tidak berlaku seperti didakwa Suaram.
Beliau berkata, media di Malaysia harus mendapat memebezakan antara khabar angin, fakta, siasatan dan perbicaraan. Dzulkarnain turut menyelar tindakan Suaram yang telah mengadakan acara makan malam untuk mengutip dana daripada orang awam pada mei atau jun lalu kononya bagi membiayai perbicaraan kes tersebut walupun tahu semua itu tidak berlaku. “Suaram telah menjual cerita bohong Scopene ini untuk mengutip wang daripada rakyat yang terpengaruh dengan penipuann mereka selama hampir 4 tahun.

“Hal ini demikian adalah fakta yang sengaja disembunyikan Suaram, Peguam mereka dan pemimpin Pembangkang untuk menipu rakyat Negara ini dan membohongi dunia dengan tujuan jahat menjatuhkan Kredibiliti kerajaan Malaysia,” Ujarnya.

Nik Aziz Sahkan DAP Parti Tonggak Pakatan Rakyat

Beberapa bulan lepas, kita pernah dikejutkan dengan kebocoran maklumat pembahagian kerusi di antara parti-parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR) yang mana DAP telah mendapat kuota bertanding kerusi parlimen yang paling tinggi berbanding PKR dan PAS.

Pada awalnya, PR berkeras menyatakan maklumat dalaman yang hangat diperkatakan umum tika itu h
anyalah propaganda BN, namun selepas itu tiba-tiba sahaja PR telah mengadakan mesyuarat tergempar meminda semula kuota pembahagian kerusi parlimen di antara mereka. Pelik bukan?

Pendedahan tersebut menarik perhatian ramai kerana sejak wujudnya PR, segala tindak tanduk gabungan itu dilihat condong mengikut dasar liberal DAP, sementara PKR sinonim sebagai pendukung DAP, manakala kehadiran PAS pula kelihatan sekadar bertaraf balaci suruhan sahaja.

Dengan kata lain, DAP telah berubah menjadi tonggak utama dan mendominasi arah tuju PR, sedangkan sepatutnya sebagai parti yang paling tua dan dilihat lebih kuat berbanding parti lain dalam PR, sewajarnya PAS yang menjadi penentu haluan dan dasar PR.

Setelah reda seketika isu dominasi DAP dalam PR, tidak semena-mena Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad pula tampil menyuarakan kekesalannya kerana PAS kini diibaratkan seperti pak turut kepada DAP.

Shahnon yang pernah mewakili PAS sebagai Ahli Parlimen di Sik, Kedah tanpa berselindung mengkritik kerjasama PAS dan DAP yang disifatkannya telah bercanggah dengan tuntutan Islam.

Katanya, pendekatan di zaman Rasulullah SAW yang bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik waktu itu langsung tidak sama seperti kerjasama PAS dengan DAP tika ini kerana ketika itu Islam yang memerintah dan memimpin kaum-kaum berkenaan.

Jelas Shahnon teramat kecewa melihat senario semasa di mana PAS terlalu mengikut rentak DAP sehingga mengorbankan banyak prinsip dan dasar perjuangan Islam.

Kenyataan Shahnon itu sebenarnya secara tersurat dan tersiratnya telah mengesahkan parti utama yang sedang menguasai halatuju PR sekarang ini ialah DAP dan bukannya PAS.

Namun kritikan dan kekesalan Shahnon nampaknya tidak berbekas di hati Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat apabila dalam reaksi balasnya, beliau mempertikaikan kritikan itu dengan mengaitkan konon Shahnon telah terpengaruh dengan propaganda media UMNO.

Orang PAS sendiri yang mempertikaikan hubungan parti itu dengan DAP, alih-alih UMNO pula yang dijadikan kambing hitam. Ajaib, unik dan pelik benar sikap pemimpin tertinggi PAS ini.

Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan, dalam kenyataan balasnya itu juga secara terbuka mengakui peri pentingnya kerjasama PAS dengan DAP demi untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam perkembangan berkaitan, ketika ditanya perihal kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang mengkritik dasar PAS yang terlampau mengutamakan kuasa dan amat bergantung harap pada DAP berbanding prioriti mendahulukan prinsip Islam, Nik Aziz secara terbuka mengakui PAS memerlukan sokongan pengundi Cina DAP untuk menjamin kemenangan duniawi.

Jelas dari kenyataan MB Kelantan itu, betapa besar harapannya pada DAP. Dengan kata mudah, pengakuan Nik Aziz itu mengesahkan tonggak sebenar PR adalah DAP dan PAS pula hanyalah balaci dan keldai tunggangan semata-mata.

Berpuluh tahun dulu kita tidak lupa dengan sikap PAS yang cukup alergik dan fobia melihat kerjasama antara UMNO-MCA-MIC yang membentuk PERIKATAN kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional.

Saban hari waktu itu pemimpin PAS menghasut orang Melayu Islam supaya menjauhi UMNO kerana didakwa telah jatuh kafir selepas redha mengadakan kerjasama dengan orang bukan Islam.

Kini, PAS menjilat kembali ludahnya malah dimasa yang sama secara sedar telah mengiktiraf kepentingan DAP sebagai tonggak utama demi membolehkan PAS mengejar kuasa duniawi. Prinsip negara Islam dan hukum hudud hilang entah ke mana, sebaliknya yang menjadi tatapan sekarang ialah, PAS terus kekal sebagai balaci DAP.

Assalamualaikum wbt. Salam 1Malaysia

Salam pembuka bicara...

Aku hanyalah insan di bumi Allah yg terpanggil mencoret sesuatu yang aku fikirkan perlu untuk aku sampaikan..Sekadar blogger jalanan tanpa latihan, tanpa tunjuk ajar. Hanyalah aku mengharap kalian pembaca memberi sedikit laluan dan ruang buat ku di sini.

Andai apa yg aku sampaikan tidak dapat memuaskan hati kalian aku mohon maaf kerana tidaklah dpt aku memuaskan hati semua pihak. Ini adalah blog politik kerana aku berjuang dgn politik dlm hidupku. Bagi aku melakukan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu dipanggil politik. Dan kita sebenarnya tidak pernah lari dari berpolitik setiap hari..Tiada yg kotor dgn politik cuma yg mengotorkan adalah perilaku mereka yg berpolitik. Mereka adalah orang yang menyalahgunakan akal dan kesempatan dalam melakukan penindasan terhadap fizikal, mental malahan kepunyaan dan kepercayaan orang lain.

Kesempatan ini juga aku gunakan untuk sedikit sebanyak memberi maklumat kepada semua di luar sana amnya dan golongan atas pagar khususnya. PRU13 pun sudah hampir ke masanya untuk kita sama2 memilih peneraju negara tercinta kita Malaysia. Mudah-mudahan kita semua bakal membuat pilihan yang betul.

Cukup sekadar ini, harap rakan2 seperjuangan dan rakan2 pembangkang sudi menatap blog dari lorong yg sempit ini..InsyaAllah..