Friday 6 June 2014

DAP oh DAP

Saban masa bila bercerita tentang DAP tiadanya yang baik.Tambah-tambah sejak jadi org no 1 Penang ni perghhhhh tiada langsung kesalahan puak dorang ni. Semuanya UMNO BN yang salah. Umpama suci "maksum" lagak mereka ini makin menyampah nak menyebutnya.

Hari ini berkokok kembali berkenaan kekecohan depan Ibupejabat DAP oleh sekumpulan Pemuda UMNO Wilayah. Takkan puas hati dorang ni selagi tiada Pemuda UMNO yang dipenjarakan. Kelakarkan? Jika di masa kelancangan mulut puaka dorang tu tak apa pula. Malah tiada tindakan yang diambil pun terhadap keceluparan mereka. Kita masih lagi tenang dan tidak berkokok. Namun rupanya DAP menghantar kita satu mesej iaitu kalau buat laporan polis, follow up sampai PDRM pon naik meluat..

Sebenarnya ini semua adalah sikap besar kepala DAP..sambil mengalihkan isi kekalahan di Teluk Intan..Seperti biasa DAP mana mahu mengku salah sendiri..hanya UMNO (walhal Gerakan yg bertanding) dan paling menyayat hati, rakyat juga dipersalahkan kerana memilih BN..

Rakyat seharusnya dapat membuka mata lebih luas dalam memahami senario politik di Malaysia..terutamanua gelagat penyokong parti pembangkang..contoh ada di sekeliling..lihat sahaja di Penang. Bil air naik, kadar sewa rumah kos rendah naik, kekurangan pembinaan rumah kos rendah dan paling sempoi parking pun naik dah..tapi apa yg penyokong pembangkang buat? tidur seperti x cukup tidur..x bangun dah..ini yang sepatutnya rakyat lihat kerana yang terkesan adalah rakyat..

DAP diharap lebih merendah diri dan berpijak di bumi yang nyata. mengaku kesalaham sendiri dan jangan hanya pandai cari salah orang. Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang biadap. Dan terimalah padahnya kalau anda DAP x mampu mengawal kebiadapan orang2 anda.

#STOPRACISM

Saturday 31 May 2014

PRK Teluk Intan

Tahniah....TAHNIAH...TAHNIAHHHHH!!!!!

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT atas keizinannya memberi kemenangan kepada Barisan Nasional..

Tidak dilupakan juga kepada tenaga kerja, segala gerakan, pelbagai tindakan dlm memastikan kempen memenangkan Barisan Nasional berjaya.. Anda semua memang hebat!!!

Di kesempatan ini ingin aku berkongsi pendapat dengan rakan2 dan sahabat handai..mengenai Puan Yammy iaitu seorang ahli UMNO dan ibu kepada calon DAP, Dyana Sofea..Udah lah lita memberi ruang untuk dia menebalkan muka..cukip sekadar apa yg sudah berlaku kita cuci tangan je lah..Pecat sahaja dari parti keramat UMNO..x perlu lagi kita tatang orang yg membelot...kita sudah muak dengan permainan org yg kemaruk kuasa..tiada apa yg dapat dia untungkan parti pon..biat haru lg ada..maka biarlah si kitul itu keluar dan dipecat dari parti dari terus dia dikitulkan..

Jadi saya menyeru pucuk pimpinan UMNO Malaysia agar mengambil tindakan yg sewajarnya iaitu pecat keahlian terhadap Pn Yammy...

Kita merancang, Allah juga merancang dan ternyata hanya rancangan Allah yg Maha Hebat...Wallahualam.

Tuesday 17 December 2013

Beruk Jalanan

Salam rakan Celapak...

Bila ye beruk-beruk nih nak bersara?? Apakah mereka tidak mahu berputus asa setelah acapkali menghadapi kegagalan? tidak mudah mengalah itu bagus..namun baguskah seorang pencuri yg tidak mahu mengalah selagi hasil curiannya tidak lagi mengkayakannya?? Hebatkah seorang pembunuh tidak berputus asa selagi tidak dapat menambah bilangan mangsanya?? atau berbaloikah pedendam bila mana masih berdendam selagi hasratnya tidak tercapai??

Celapak sgt lah tidak setuju bila mana manusia sudah tidak lagi menjadi manusia malah memilih menjadi beruk! beruk kuning pulak tuh...kuning warna diraja..apakah x cukup selama ini anda adalah raja di jalanan? ameklah..celapak dan majoriti rakyat Malaysia tak mahu pon jd Raja Jalanan nih...bnyk benda lagi kami nak buat...

Buat kerajaan Malaysia, hadapilah beruk beruk ini seperti biasa..kerana bodoh mereka ini dah biasa sangat jumpa...Yang penting adalah tindakan yang akan diambil kepada mereka nanti biarlah menjadi pengajaran buat yang lain..Rasanya DS Zahid ada pendekatan yang berbeza dari sebelum ini..nantikan...

Akhir kata jaga diri dan keluarga..Assalamualaikum wbt...

Saturday 14 December 2013

Selamat datang zaman gelap wahai kebenaran

Assalamualaikum wbt...

Biar lah gambar menceritakan segalanya...malas nk cerita bnyk kali..masyarakat sekarang dah menerima penipu sebagai "Anugerah Tuhan"...so? lu pikir la sendiri...

Wednesday 16 October 2013

PISS

Salam rakan taulan...

PISS atau bahasa Melayu mudahnya Kencing adalah satu perkara yg wajib dibuat oleh setiap makhluk..tambah-tambah klu dia bergelar seorang manusia..klu dok tahan x kencing naya satu badan..macam-macam efek..ada baik ada x baik..banyaknya yg xbaik...kencing manis fenomena masyarakat Melayu...huii penyakit tu...kurangkan gula dlm minuman, tambahkan manis dlam senyuman..baru betul...

Tp yang aku nk cerita kat sini hari nih pasal kencing yang paling biadap sekali..iaitu kencing membe...ha kebetulan aku nk bawa satu kisah baik punyerr untuk perkongsian bersama rakan rakan...mudah-mudahan kawan yg ada sekarang xdelah kena kencing ye dak? Hehehe

Kisah berlaku sekitar awal September 2013..kisah terjadi dlm sebuah bahagian di Kuala Lumpur...ini blog politik so kita cerita pasal politik lah kan...hehe..termaktublah sebuah perjanjian diantara Si Kurus dan Si Hitam...perjanjian yg dipersetujui oleh pemimpin atasan...aturan yg cukup cantik untuk menggalas kepimpinan barisan Pemuda di Ibukota...Declaration diadakan di kawasan Chow Kit Road...kedai mamak biasa je..maka pejuang hardcore mengambil tempat menyaksikan peristiwa keramat itu..Si Kurus dan Si Hitam klu bergabung kompom meletup..mmg x terlawan lah...dua2 org lama..dua2 dh berjawatan tinggi dlm pemuda..nak naik setakok je lagi...maka, Si Kurus dan Si Hitam menawarkan diri bg mengisi kekosongan jawatan yg ada...perghhh bersejarah sungguh..

Kempen bermula..semua cawangan sibuk bermesyuarat...Si Hitam mula berkempen..Si Kurus sibuk ke hulu ke hilir...waktu tu dh tau dah ade 3 penjuru pertandingan..Si Hitam pair dgn Si Kurus...Si Perut Lawa dgn Si Buku..Si Mangkuk dgn Si Poyo...masing2 dh mule buat kerja dh...namun dpt dilihat lah yg mcm Si Kurus ni plak yg nk pegi no1..kempen x nk jalan sekali..ada sesuatu yg dirahsiakan...yg Si Hitam x putus2 dok meyakinkan perwakilan agar memilih Hitam dan Kurus sebagai KP dan NKP..dgn perangai x senonoh dan mulut yg xde insurans, Si Kurus ni main belasah je sape yg dia nk belasah..hadus...pelik betul Si Kurus nih...masa berlalu...titis2 kencing mula membasahi bumi....alkisah...

Kencing 1
Kurus melantun bila Si Hitam KONONNYA mahu kawan lamanya pergi no 2..dh mula dh pecah geng2 nih...bila diajak bertemu 3 pasang mata, Si Kurus x berani datang!

Kencing 2
Kem Kurus sekali lagi melantun bila Si Hitam KONONNYA x menyokong mantan ke peringkat bahagian..sedangkan mantan itu sendiri dh dipanggil dan dah diyakinkan kepada hardcore Si Hitam ini bahawa kita menyokong si mantan..padahal mantan pon main kolam!

Kencing 3
Malam sebelum pencalonan, ada makan steamboat..80% KP cawangan dijemput dan apa yg berlaku? Si Kurus dah jadi pair Si Perut Lawa dan Si Buku dikorbankan..belum raya dh kna korban? Owh Si Buku nk gi exco Msia..hahaha..siapa Si Buku di Malaysia..lu dh kna game la..maka Si Kurus mengishtiharkan akan berpasangan dengan Si Perut Lawa utk memastikan kemenangan bersama..hahahaha...hancing...terkontang kantinglah kem Si Hitam...

Kencing 4
Kem Si Hitam diugut utk terus bawa Si Kurus sebagai no 2 wpun si kurus dh kona baring...phuiii satu kali...dan akan dipastikan geng Si Kurus x kan mengundi Si Perut Lawa...KONON!

Kencing 5
Mantan berjanji tidak akan campur tangan dlm pertandingan merebut ketua pemuda bahagian namun gurkha2 si mantan mahu kasi mandi sama Si Hitam..aik apa cita??

Kencing 6
Pertandingan tiba dan Si Hitam kalah...suka lah hati Si perut Lawa dan Si Kurus...namun dh nmpk dh yg Si Kurus The Boss..puppet je lah Si Perut Lawa...yg dirancang KONONNYA x menjadi..kencing kencing kencing kencing!

Kencing akan tetap berterusan di bahagian ini..sbb pemimpin muda yg ada kebanyakan kaki kencing..bukan kencing manis, masam, pahit lg dah..tp aku dh naik heran dgn org yg boleh kencing berterusan...namun mereka berjaya..siap bawak title...
-Si Buku yg kena korban!
-Si Perut Lawa yg tiada pendirian!
-Si Kurus yg kencing berpanjangan!
-Si Hitam setia kaki kena kencing!

Baik jd Si Mangkuk dan Si Poyo yg x menyusahkan orang dan semangat lawan yg asli...

So nak biar ke apa yg berlaku?? Nak bg dorang kencing lagi?? Aku rasa....ini kali kita kasi sunat...kasi dan sunat..biar dia tau!!!

Friday 7 June 2013

Dah Kalah Kalah Lah



Islam itu tinggi...Dan tiadalah yg lebih tinggi darinya...

Dengan mengangkat seorang pemimpin di kalangan mereka yang diragui akhlaknya adakah meninggikan lagi martabat Islam itu sendiri??atau menghina kedudukan Islam??

Dah kalah tu kalah lah...Lain Kali Lah!!!

Monday 15 October 2012

ANWAR GALAS BEBAN SCORPENE SETELAH SUARAM GAGAL


Pembohongan pembangkang dalam isu kapal selam Scorpene nampaknya tidak boleh diselindungi lagi.

Apatah lagi isu yang dijadikan senjata politik oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sejak tahun 2008 tidak mampu lagi dipertahankan apabila sedikit demi sedikit kebenaran mengenai kedudukan sebenar isu tersebut telah dibongkar.

Terbaru. Yves Charpenel, seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal telah menafikan laporan-laporan media pro pembangkang yang tersebar selama ini bahawa isu Scorpene sedang dibicarakan di Perancis.

Pembangkang menyebar dakyahnya bahawa kononnya penyiasatan (bukannya perbicaraan) yang sedang berlangsung adalah hasil laporan yang dibuat oleh pihak Suaram pada 2009 terhadap syarikat milik kerajaan Perancis, DCNS yang dituduh membayar komisyen kepada pihak tertentu di Malaysia dalam urusan pembelian dua kapal selam tersebut pada tahun 2002.

Di bawah undang-undang Perancis pembayaran sebarang komisyen dalam urusan seperti ini adalah tidak dibenarkan.

Sebelum ini Ketua Pembangkang sanggup terbang ke Paris untuk menjemput dua orang peguam yang mewakili Suaram dan seorang peguam mewakili DCNS untuk memberi taklimat kepada semua ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Usaha ini menunjukkan bahawa pembangkang kini berada dalam keadaan gelisah dan panik kerana isu Scorpene kini dilihat boleh memakan diri mereka sendiri jika tidak diurus dengan sebaik mungkin.

Sebab itulah Anwar terpaksa mengambil alih peranan yang pernah dimainkan oleh Suaram sebelum ini untuk mempastikan isu Scorpene terus hidup.

Bagaimanapun usaha Anwar ini juga akan turut gagal kerana kini rakyat Malaysia sudah tahu siapa dalang sebenar isu Scorpene selama ini.

Ia bukannya Suaram yang hanya merupakan satu cabang daripada PKR tetapi 'mastermind' sebenarnya tidak lain tidak bukan adalah Anwar sendiri.

Sehari selepas kenyataan Charpenel, balaci Anwar, Tian Chua terus mempertahankan fantasi yang dimainkan pembangkang bahawa penyiasatan masih terus dijalankan yang menjurus kepada perbicaraan.

Bak kata orang kalau sudah mula berbohong, maka terpaksa korek lubang lain untuk menutup pembohongan yang telah dibuat.

Lama kelamaan lubang semakin besar dan akhirnya tidak boleh ditutup lagi dan yang berbohong akan jatuh ke dalam lubang yang digalinya sendiri.

Anwar masih berfikir dan yakin isu Scorpene masih mampu untuk menggugat kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pilihan raya umum ke 13 kelak.

Beliau berfikir mimpinya untuk ke Putrajaya boleh digapai dengan mengeksploitasi isu itu.

Namun beliau gagal memahami bahawa isu Scorpene atau mana-mana isu yang dipolitikkan sekali pun boleh melarat dalam bentuk dua reaksi - samada ia boleh membantu kerjaya politik seseorang yang mencetuskannya atau sebaliknya isu tersebut akan membaham dan menjahanamkan impian seseorang.

Kelihatan Anwar sekarang terjerat dalam pilihan kedua kerana permainan yang dimulakan oleh apparatnya yang bernama Suaram tiga tahun lalu, bukannya semakin menguntungkan beliau tetapi telah menjadi sebagai liabiliti terbesar yang bakal memusnahkan buaian mimpi pembangkang bertapak di Putrajaya.

Tian Chua, Sivarasa, Cynthia Gabriel dan geng yang sama-sama melakar komplot Scorpene menyedari hakikat ini bahawa masa untuk kebenaran terbongkar sudah amat hampir.

Mereka dilihat tidak lagi mampu meneruskan strategi tersebut secara efektif lalu menyerahkan tanggungjawab tersebut di atas pundak Anwar.

Anwar pula sudah tentu tidak mampu menggalas beban Scorpene seorang diri tanpa bantuan budak-budak suruhannya.

Jika ini berlaku, kekuatan pembangkang terutamanya PKR yang dibina di atas landasan pembohongan demi pembohongan dalam isu ini, akan menjadi petanda parti itu pada PRU13 nanti.

Malah rakan kongsi Anwar, DAP dan PAS juga tidak mempunyai kekuatan untuk terus mendokong isu ini dan mereka juga akhirnya akan meninggalkan PKR keseorangan menangani isu Scorpene yang sudah kekeringan modal.

Hakikat isu sudahpun dijelaskan oleh Ketua Audit Negara bahawa pembelian dua kapal selam itu telah mematuhi semua prosedur perundangan.

Tidak ada perbicaraan seperti mana yang ditegaskan oleh Charpenel maka dengan itu Suaram telah berbohong kepada rakyat apabila mendakwa beberapa individu termasuk Perdana Menteri telah disepina untuk hadir di mahkamah Perancis.

Malah kematian wanita Altantuya Shaariibuu juga tidak ada kena mengena dengan isu Scorpene seperti mana yang ingin dikaitkan oleh pembangkang.

Semua maklumat yang telah tersebar secara meluas oleh media pembangkang selama ini untuk membohongi rakyat adalah hasil pintalan fantasi seorang bernama Anwar yang teringin sangat menjadi Perdana Menteri.